BAGANG adalah sebuah sangkar atau alat menangkap ikan menyerupai rumah kecil yang diperbuat daripada pokok nibong atau buluh tanpa menggunakan paku tetapi diikat menggunakan tali nilon bersaiz besar.
Bagang dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia sebelum penggunaannya berkembang dalam kalangan nelayan Bugis di Sabah bermula era pentadbiran Syarikat Berpiagam Bornea Utara British.
Digunakan untuk menangkap ikan bilis, bagang banyak didapati di kawasan-kawasan tertentu di Sabah seperti di Tawau, Lahad Datu, Kunak, Kuala Penyu, Teluk Marudu dan Teluk Kimanis.
Peralatan yang dikategorikan sebagai lift net itu digunakan dengan cara pukat diturunkan ke permukaan air sebelum ditenggelamkan bagi tujuan penangkapan ikan.
Sekelompok ikan akan memberi reaksi dengan bergerak dan berkumpul di atas jaring atau pukat berpandukan cahaya lampu yang dihidupkan menggunakan generator yang diletakkan di atasnya.
Pada saat pukat diangkat ke permukaan air, berlaku proses penyaringan yang menyebabkan ikan bilis atau ikan-ikan lain berukuran lebih besar daripada saiz pukat akan tersangkut.
Menurut Zabri Mohd. Nor (gambar), untuk mendirikan sebuah bagang memerlukan kos yang mahal di antara RM10,000 hingga RM15,000 memandangkan kayu yang digunakan sukar untuk dicari.
“Kayu nibong digunakan sebagai bahan utama untuk mendirikan bagang kerana jenis kayunya yang tahan lama meskipun didirikan di kawasan laut.
“Pembinaan bagang pula tidak melibatkan tenaga buruh, sebaliknya nelayan bekerjasama di dalam mendirikan setiap kayu nibong,” katanya.
Untuk proses pembinaan pada peringkat permulaan pemasangan tiang dilakukan dengan memacakkan beberapa buah kayu nibong yang diikat dengan guni berisi pasir ke dalam dasar laut.
“Beberapa nelayan perlu menyelam ke dasar laut untuk memacakkan kayu nibong hingga benar-benar tertanam dengan kukuh. Biasanya nelayan yang betul-betul mahir menyelam ditugaskan melakukan kerja-kerja tersebut dan untuk memacak kayu-kayu nibong memerlukan sehingga 10 orang memandangkan saiznya yang panjang dan berat ,” katanya.
Kayu nibong turut diikat pada setiap tiang sebagai rangka bagi menguatkan lagi struktur bagang. Tujuannya juga bagi membolehkan nelayan naik ke bahagian atas dengan mudah memandangkan bagang tidak mempunyai tangga.
Proses seterusnya diikuti dengan menyusun setiap kayu dengan jarak sedikit jauh di bahagian atas untuk dijadikan sebagai lantai. Turut dibina rumah kecil di bahagian atas yang diperbuat daripada papan-papan lapis sebagai tempat untuk berteduh dan berehat.
Sumber:Utusan Online