May 23, 2015
TIDAK lengkap rasanya kunjungan ke Tawau sekiranya tidak membeli ikan kering. Malah sudah menjadi satu kemestian bagi pengunjung luar membeli dalam jumlah tertentu untuk dibawa pulang.
Ikan kering seperti ikan bilis merupakan antara produk yang menjadi kegemaran mereka kerana harganya yang lebih murah dan berkualiti berbanding tempat lain.
Penduduk Sabah dari daerah lain juga sering menjadikan Tawau sebagai lokasi pilihan untuk mendapatkan ikan bilis sama ada untuk dijadikan hidangan sekeluarga atau dijual kepada pengguna dalam bentuk yang masih mentah mahupun yang telah digoreng.
Kita sering melihat ikan bilis yang telah dikeringkan, namun mungkin ada yang tidak mengetahui bagaimana ia diproses. Untuk pemprosesan ikan bilis menjadi ikan kering, ia dilakukan dari satu peringkat ke satu peringkat. Pada peringkat permulaan, ikan bilis yang ditangkap akan dibasuh terlebih dahulu sebelum dimasak bersama garam.
Ikan bilis yang telah dimasak itu akan dibawa pulang pada keesokan paginya untuk proses seterusnya. Setelah tiba di darat, ikan bilis kemudian dijemur di bawah pancaran matahari bagi mempercepatkan proses pengeringan.
Setelah kering sepenuhnya barulah proses pengasingan mengikut gred ikan bilis dan pembungkusan dilakukan.
Menurut Marzuki Mohd Arit, ikan bilis di Kampung Indera Sabah digred mengikut nombor iaitu gred 1, gred 1 ½, gred 2 dan gred 3.
“Perbezaan gred dapat dilihat dari segi saiz dan kopekan sama ada belum atau sudah dikopek. Bagi gred 1, 1 ½ dan 2, ikan bilis jenis ini tidak dikopek cuma yang membezakan ketiga-tiganya dari segi saiz sementara gred 3 pula jenis yang sudah dikopek. Jika pengguna mahukan ikan bilis yang halus boleh pilih gred 1, gred 1 ½ untuk lebih halus dan 2 yang kasar sedikit,” katanya.
Tambahnya, harga yang ditawarkan berbeza mengikut tempat, bergantung kepada jenis dan kualiti ikan bilis berkenaan. Selain itu, faktor cuaca dan musim juga mempengaruhi harga ikan bilis.
“Antara keempat-empat gred, gred 1 paling mahal meskipun pada waktu musim banyak ikan harga biasanya RM30 sekilogram. Gred 1 ½ dalam lingkungan RM17 sekilogram. Paling murah ikan bilis gred 2 yang biasanya dijual RM8 sekilogram sementara gred 3 pula harganya RM13 sekilogram. Harga ikan bilis bagaimanapun bergantung kepada permintaan dan bekalan.
“Bagi nelayan di Kampung Indera Sabah, mereka tidak dapat turun ke laut ketika tiupan angin monsun timur laut (biasanya awal November dan berakhir pada Mac). Keadaan ini menyebabkan bekalan ikan bilis tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi. Jadi, apabila permintaan melebihi bekalan, maka harga ikan bilis pun meningkat. Harganya akan jatuh apabila bekalan melebihi permintaan” katanya.
Sumber:Utusan Online